D.E.Y.A.W.A.N.N.Y Deyawanny.: 2016



Thursday 18 August 2016

PANDUAN MEMBEI RUMAH UNTUK PELABURAN LUMAYAN

Anda ada impian beli rumah sebagai aset bisnes?

 

6 Cara bagaimana anda boleh kenal pasti rumah yang patut anda beli bermula tahun depan untuk pelaburan.
PANDUAN MEMBEI RUMAH UNTUK PELABURAN LUMAYAN

Permainan membeli rumah bagi tujuan pelaburan langsung tak sama dengan membeli rumah untuk duduk sendiri.

Kita mesti tahu bagaimana untuk membeli rumah yang boleh memberikan pulangan yang tinggi bagi setiap wang pelaburan yang dikeluarkan.

Antara input yang berbaloi kita pelajari adalah daripada Tuan Saufi Karim. Beliau menggariskan 6 cara untuk tahu samada rumah yang kita nak beli itu berbaloi atau tidak untuk dijadikan sebagai aset pelaburan.


1) Kemudahan membeli barang keperluan.

Penting untuk kawasan sekitar perumahan itu mempunyai pusat beli belah. 

Apabila kawasan rumah yang kita beli itu berdekatan dengan pusat beli belah seperti Tesco, Jusco dan sebagainya, nilai rumah kita bukan saja berpotensi untuk naik dengan kadar yang cepat 
berbanding biasa.
Malah, kita juga boleh naikkan harga sewa?

Kenapa?

Kerana ia memudahkan penduduk di kawasan rumah itu membeli barang keperluan tanpa perlu bersusah payah.

2) Lebuhraya untuk individu yang bekerja.

Lebuh raya yang ada di sekeliling kawasan perumahan juga dapat membantu menaikkan nilai rumah pelaburan yang kita beli.

Khususnya bagi penyewa yang bekerja dan menggunakan lebuh raya untuk pergi ke destinasi tempat kerja.
 
 
 

3) Antara lubuk emas penyewa dan kenaikan hartanah di Malaysia.

Pernah pergi melawat mana-mana kawasan kolej atau universiti?

Perasaan atau tidak, kawasan pusat pengajian tinggi seperti ini biasanya mempunyai masalah tidak cukup rumah sewa.

Khususnya apabila muncul musim kemasukan pelajar-pelajar.
 
 

4) Menggunakan radius 30 kilometer dari kawasan perumahan.

Kata Saufi Karim,

“Teknik ini boleh dipakai sekiranya kita mahu cari rumah pelaburan di sekitar bandar besar seperti Kuala Lumpur.”

Guna formula radius 30km hingga 40km dari kawasan perumahan kita.

Ini kerana ia adalah radius yang baik untuk pelabur hartanah. Jarak ini tidak terlalu jauh sangat untuk penyewa atau pembeli menggunakan pengangkutan seperti kereta atau motor.
 

5) Untuk anda yang mahu penyewa majoriti Melayu.

Jika kita mahu melabur di kawasan yang mempunyai majoriti penduduk berbangsa Melayu (Islam), golongan seperti ini gemar untuk beli atau sewa di rumah yang berhampiran dengan:

1) Sekolah.

2) Masjid.

3) Surau.

4) Taman permainan.

Untuk poin yang pertama iaitu sekolah, ia dapat menjimatkan masa, tenaga dan duit minyak kenderaan untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
  



6) Kawasan yang mempunyai nilai kenaikan hartanah yang mengejutkan dalam tempoh kurang 10 tahun.

Membeli hartanah di kawasan pengangkutan awam seperti LRT atau MRT adalah satu daripada strategi membeli rumah untuk aset pelaburan yang paling berkesan di Malaysia.

Menurut Saufi Karim, kita boleh bandingkan harga hartanah berdekatan LRT pada tahun 2008 / 2009 sehingga tahun 2016. Kenaikannya agak mengejutkan.

 SHARE jika anda rasa info di page ni bermanfaat untuk lelaki anda, adik anda ,rakan anda..Mungkin ada anatara mereka yg merancang untuk berbuat demikian.

LIKE PAGE NSBI GLOBAL ENTERPRISE UNTUK TIPS AKAN DATANG .

KOMENT SIKIT KALAU DAH BACA .


 


The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Sunday 14 August 2016

REVIEW PRODUK EPHYRA

Assalam korang .

Harini wani nak REVIEW satu produk kecantikkan ni. 
AL maklumla sapa tak suka cantik kan ? Baru la hubby tak lepas pandang .Hehe.

Kita punya SELF CONFIDENCE pun UP.

Malas cakap panjang lebar.

PRODUK ni memang semua orang kenal ( ade lg tak kenal ?)

 
 
Tengok DIana Rafar Pun Pakai uols !
 
 
 
 
Elfira Loy pun melaram dengan EPHYRA !
 
Mesti ada yang tertanya tanya untuk apa eh produk ni ? Produk ni ada banyak jenis..sabun ada,,krim muka ada, serum pun ade.
 
 
 
 
Yang lelaki jangan segan silu PM cheq kalau nak beli sebab lelaki pun boleh pakai nah .Jangan terkejut .
PALING BEST PRODUK NI ORGANIK . TAKDE BAHAN KIMIA BERBAHAYA.
 
 
 
 
 
 
 
KALAU NAK ORDER SERUM KE CREAM SNOW KE LEH JE PM SY .
 
UNTUK SABUN SHAJA RM39 .
POS SEM TAMBAH RM7 .
 
Beli lebih dari satu ITEM ?? Kita bagi LESS LAGI TAUU !
Khas untuk follower blog ni.
 
WhatsApp nah 011-14405769.
 
 
 
psttt .
WANI DAPAT ADUAN !!!!!
 
 
MEREKA KATA SABUN EPHYRA NI TAK SAMA MACAM SABUN SEBELUM NI YG ADE KAT PASARAN !! 
Sabun ni tak terasa lendirnya bila diguna lama dalam bekas.Tak mudah habis.
 
HEBATT !!
Sapa kata tak syokkk??
Bohong sangat tu !!
 
Try dululah baru cakap.Haha.
 
Testimoni ada .Boleh wssp lagi sy 011-14405769

The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Thursday 11 August 2016

REVIEW AL-QURAAN QALAM DIGITAL ONLINE MURAH !

Assalamualaikum Semua.

Cepat je masa berlalu sekarang kan ? Biasalah hujung duniaa kan ?
Huhukks.

Harini wani nak review satu produk ni .
Lebih tepat satu alat yang mampu membantu kita dalam mengumpul saham paling bernilai dan tidak ternilai. 
SAHAM AKHIRAT .

[ SEDOPNYA SUARA ABE IMAM TUU . TERPIKAT CHEQ NAK IKUT DIA]

Haaa ? Suara siapa? Che Abam kat ruang tamu tu dah jeling-jeling dah tu. Haa..suara abang imam-imam kat PEN DIGITAL dalam SET MY QALAM ni laah .
Ada 7 imam-imam besar ARAB and KUWAIT. 
Memang lunak merdu suara depa alunkan alunan bait-bait qalam Allah nii . 
Yg tak reti baca sekalipun mesti lama-lama akan terikut jugak sebab sedap . 
Dia macam lagu -lagulah .Bila sedap sahaja penyanyi dia ,cepat je kita hafal lirik dia walaupun taktahu apa dia cakap. Haaa.
Samalah macam Qalam ni .
Dengan PEN DIGITAL+QALAM +FREE GIFT YG LAIN+BUKU2 PANDUAN 
In shaa Allah , anda pasti boleh berjaya MENGAJI !

Set ni bukan sahaja orang dewasa boleh ,kanak-kanak pun boleh tauu .Depa ckup suka lagilah quraan macam ni. Silap-silap jadi tahfiz terus sebab dah jatuh cinta dengan qalam Allah ni. 
Alhamdulillah.
Ibu-ibu Bapa-Bapa yang agak jahil bab bab ngaji jgn rasa DOWN . Jgn RASA ANDA SUDAH TERLAMBAT .
Selagi nyawa tak ditarik , selagi MATAHARI BELUM TERBIT SEBELAH BARAT ,
Tiada ALASAN untukmu putus ASA.

Teknologi dah canggih gunakan . Jgn kedekut and berkira dgn benda yang macam ni.
Kalau niat baik , in shaa Allah ,berganda rezeki kita di kemudian hari.

Iphone harga ratus-ratus,ribu riban boleh je beli . Takde rasa papeun kan ?

Itulah NIKMAT DUNIA yang SEMENTARA .

Okeylah MALAS NAK BEBEL.

Mesti ada sini yang tertanya macamana SET MY QALAM DIGITAL NI MAMPU BANTU SY ??

Okey.Pen DIgital yg dapat tu korang just halakan kat QALAM yg ada dalam kotak tu . 
Nanti PEN tu akan keluarkaan bunyi macamana yg patut disebut kat AYAT tu .
Ada 7 pilihan imam jenis bacaan pilih ikut kesesuaian. 
Nak tahu maksud ayat ??

Haa.Takyah risau.Takyah juling juling mata jenguk bawah tepi kiri kanan nak cari maksud untuk satu patah perkataan ke apa.
Just halakan je pen tu kat QALAM tu , nnti dia akan keluarkan MAKSUD AYAT tu .
In Bahasa Malaysia Or ENglish okayy.

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQuh8ZEcwMzSR4NRMU3svmV2J3oY80fiVV-4mE0TPN3tNrtx8NSlw
SO COOL KAN??

Harga Asal RM320  . Murahh kann ??
kalau ada yg rasa mahal dengan kelebihan yg ada pd set ni ,memang dia kena check balik hati dia.

Tapi ,takpa demi hangpa semua.

Cheq offer khas kepada 30 ORG PERTAMA .

Mai beli pada harga diskaun !!


BERAPA DISKAUN MYQALAM DIGITAL ni??
HARGA OFFER GILA RM199 SAHAJA !
FREE POSTAGE SEM>
SS ADD RM11.


Nak lagi KELEBIHAN ? TESTIMONI ? NAK TAHU FREE GIFT APA LG DPT DLM SET NI??
WSSP CHEQ NAH 

011-14405769
0195989573

The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Sunday 3 July 2016

SAINS BIOLOGI TULEN USM [ PART 2]



Assalamualaikum.

Pada saat wani menulis posting ini , wani sedang holidayy ! Yeah , cuti semester . 3 months gitu . 
Bulan 9 baru sambung balik belajar for Sem 3 pulak kat USM Penang ni . 

Adik-adik * aceceh bajet hakak suwitt*
adik adik yang terdetik rasa nak ambik course sains biologi pure kat usm ni mesti tertanya tanya kan subjek apebendalah aku akan belajar ? Entah payoh idok ? Entah bulih idok?

Takpa. Chill .Tarik nafas dalam-dalam. 
Fyi, under SCHOOL OF BIOLOGICAL SCIENCES kita pecah kepada dua.
Sains Biologi (PURE) and SAINS BIOLOGI ( GUNAAN) . 

Yeah .So jangan confused. Tapi untuk subjek belajar mosly sama je sebelum tahun yang kami kena ambik/pilih MAJOR which is around YEAR 3 .*maklumlah batch sebelum ni lain sikit* .

Kalau Pure belajar SUBJEK A masa SEM 1 , applied akan belajar gak subjek tu tapi SEM 2 nanti.Kira korang tukar-tukar subjek je.

Ok.Haritu posting sebelum ni ,wani ada cerita pasal subjek dalam SEMESTER 1 kan?

Now , wani dah h abis final exam SEM 2 , so wani nk kongsi sikit2 untuk junior-junior yg bakal menjejakkan kaki di USM tercinta ni .

Antara subjek semasa SEMESTER 2 bagi PURE BIOLOGY STUDENT USM ialah:


CALCULUS

Terus terang cakap , subjek ni senang kalau korang dah mastered masa maths form 5 and matriculation. Mostly MATRICULATION la punya silibus. Sama je tengok. Ada la tambah-tambah sikit silibus calculus yg korang akan ambik nnt .Nama pun degree kan? Kemonn laa . 
Antara topic dalam ni ialah LIMIT ,FUNCTION ,INTERGATION ,DIFFERENITIATION , VOLUME,AREA GRAPH bla bla..
Basic things gitu. Walaupun basic , kalau korang tak mastered masa matriks , tak bermakna korang tak boleh capture learning here.Prof and lecturer here are kind enough . Ajar pun tak laju . 
Masa kami kena Prof Rahni,Pn Ena and Dr Hayati .
*maaf if nama silap sikit* 
Ada yang kena download notes kat portal , ada yg memrlukan tangan korang untuk bekerja sepenuhnya and ada juga yg memerlukan tangan korang kerja sikit-sikit shja. 
Untuk Courssework(exam,quiz,assignment) kalauu korang dapat A dah kira selamat dah la tu . 
So work hard okayy . 60% final and for COURSEWORK 40% . Banyak tuhh.
untuk subjek ni ada tutorial jugak .
Ada nak minta tips ? * (sila muntah hijau*)



INORGANIC CHEMISTRY 

Heyy , korang ingat korang lari dari kimia ker ?? Say no laaa !
Kimia ni more to calculation.Yeah ,molarity ,stoichiometry and so on.
Basic dari matriks sahaja tu /Wani lebih suka INORGANIC CHEMISTRY dari ORGANIC*nyampah rasanya*
Biasala untuk subjek ni ada tutorial ye . Time kami kena PROF FAROOK and DR ROSE HAQUE .
Best sesangat dua orang lecturer ni .Jgn hairan atau marah bila mereka menasihati ,beri kata nasihat semasa dalam kuliah . Banyak input korang boleh kutip.Bukan semua lecturer sporting macamni tau . Daripada syik ngajar 1 jam tanpa henti lagii bosaan kann? Haa.Tulah untung kalau korang nnt dpt diajar oleh mereka. Thanks Prof and Dr ! 
Sentiasa memahami telatah and karenah kami !



GENETICS

Whoaaa.Subjek gilos. Wajib lulus tauu . Okay .Dalam ni ada banyak korang akn belajar lebih dalam berbanding zaman mariks. Ada belajar pasal jagung(mendel) , inheritance , pop genetics , mutation ,DNA repair system and so on. Actually , melalui kos ni banyak sgt ilmu baru dapat berkaitan benda yg terjadi pd diri kita and org sekitar kita. 
Yeah, i know for certain topic korang akan rasa macam " arghhh not again this topic ! " .
Like me. Huhu.Jagan tiru perbuatan wani .Huhukss. 
Lab session pun ado. 2 minggu sekali .Selama 3 jam/sesi . Duduk la dengan punggung kematu dalam lab sejuk tu.Hehe. Oh ye ,mostly korang akan menghabiskan sisa waktu korang di LAB nanti bersama LALAT -LALAT kesayangan korang . Macam-macam la gelagat nanti dpt lihat . Tunggu jelah = .= . Lalat tu namanya Drosophila melanogaster . Yeah, common untuk budak bio.Ni kat universiti kita dpt main ngan dia secara nyata bukan dalam buku masa zaman matriks. 
Masa lab session korang kena pandai adapt . Kena alert . Kena bijak bahagi tugas ngan member group,Jgn la bolot sesorang keja buat macam member kau yg lain macam tak wujud. Pleaselah . Consider sikit .
Lab report ??? Of courselah benda waib kutt as student lab ! Hahaha . Chill la. Jgn risau.Easy je ! Haha;

Oh ye untuk subjek ni tiada tutorial. 
And masa time kami , kita diajar oleh Prof Nazalan , Dr Darlina . Best superbb ! Keduanya sgt bertimbang rasa . Terbaikkk ! Banyak sgt kisah mereka dikongsi sekali sepanjang mengajar kami.
Maafkan kami masa kami idur dalam kuliah.Haha.Tak dapat menahan kelopak mata ini .


LSP300/LKM400.

Subjek English and BM .
Setiap lecturer ada dlm 20 macamtu student in one group . So wani dapat group under Ms Vivien . Dehhh best sesangat ! Thanks techer ! Banyak input and pengajaran dapat sepanjang sesi perkongsian dan pembelajaran bawah Madam >Madam suka bercerita and gelak.Happy kami dibuatnya.Tak pernah stress masuk kelas dia. Homework pun tak loaded pun . Kira dia memahami kami . Percyaalah korang akan gembira segembiranya bila masuk kelas Madam Vivien ni.
Thanks teacher if you read this ! 
You are the best teacher !
For junior ,dalam LSP300 ni akan ada presentation , listening test writting test ,reading test. 
( ala-ala muest gitu ) . Presentation chill je beb ! Aku part listening memang akan hancus ! Geram pulok rasanya !

LKM400 pulak BM. 
Dah lama tak belajar BM kan ? hahaa.Ngadapp la kau nanti. 
Please jgn buang nota-nota dahulu .Hee.Mungkin berguna. 
Idea itu penting dlm menulis karangan . Kesalahan dalam tataahasa mesti kau sendiri akan terkejut biawak. Banyak sgt salah yang kau rasa betul padahal SALAH .
Lihatlah , bagaimana kita hari ini telah DITIPU ! DIMANIPULASI oleh bahasa kita sendiri !
Malu laa sikit beb ! 
Haa. Belajar molek-molek noh bagi dpt A .
Time kami kena Pn Aisyah.Baik orangnya .Bnyak pengalaman mantapp. Bagus sgt sesi mengajar dia. Banyak sesi sharing disamping ikut silibus. So takdelah kami nk menguap sepanjang masa.Dahlah awal pagi kelas . Ada rakan wani dapat lecterer yang strict sangat sampai kecut perut anak murid dia..Hee. Tumpang simpati jelah yang mampu ! 
And untuk kos ni jugak ada PRESENTATION and TEST . 
Takdelah susah mana pun.Cuma kesalahan tata tu kena alert .Kang habis markah dipotongnya !Haha.






The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Tuesday 24 May 2016

Sains Biologi (TULEN) USM

Assalamualaikum. 

Disebabkan sekarang hampir/sudah musim orang nak masuk universiti / matrikulasi . Maka wani tergeraklah hati untuk menulis serba sedikit mengenai bidang yang wani ambil sekarang iatu sains biologi *pure* Disebabkan dulu time wani macam korang ( muka polos tak tahu apa-apa pasal course ni) search over google and you know what ? I found nothing ! Yesh . Addalah seketul dua blog sahaja cerita pasal course yang wani ambik ni .tu pun tak sepenuhnya sama dengan course wani (pure) .

Di USM hokayh . Tempat lain wani tak tahu menahu .

Okay . Subjek yang kami wajib ambik masa SEMESTER 1 adalah 

BIODIVERSITI .

Ok . Subjek ni wani letak on top . Sebab nya i really love this subject tau ! Sangat senang nak score and best lecturernya ! Time wani ia diajar oleh Dr.Mahadi . Very experiance lecturer especially in research about CORAL REEF. yeah , since that , i love coral too and found a lot of things/new info about it . Ok.Dalam subjek ni , korang akan belajar lebih kurang macam MATRIKULASI je . Serius , easy beb ! kalau kau fokus la ! 
Antaranya pasal kingdom plantae/animalia tu .Haa .Senang kan ? *Serius*

KIMIA ORGANIC.

Ok .Subjek ni kalau memori kau tough dari matriks sampai sekarang , kau win beb ! 
*aku kekurangan space..sobss..sobss* 
Mechanism and those thing .You tahulah . Lebih kurang macam matriks ja .
Ada tutorial for subjek ni . 
Easy to score and easy to lose your marks* kata En Nordin,tutor kami* 
WAJIB lulus tau .Tak lulus repetlah kau sampai muntah hijau.


EKOLOGI.

This quite interesting but not as much as i love bio-D. Hehe.
Easy to score well too. Belajar pasal alam , haiwan liar and everything about nature la.
And time kami , diajar oleh beberapa org lecturer and one of them is En.Hifni . Yeah , Very experiance lecturer about bird/wildlife . Yeah , banyak info pasal burung kami dapat sepanjang dia mengajar kami . Huhu.Hehe. New things ! Seronok tauuu .
Banyak benda yg kita taktahu.Semakin kita dpt tahu ssuatu ilmu tu semakin buat kita wondered/terpikir2.

LMT100.

Ni subjek english . Khas untuk yg dapat BAND 3 muet haritu masa pre-u . Basics je englishnya.
And tak jejas pointer uolss pun .

PRACTICAL*FIELDWORK*BIOD.

Yeah .For PURE STUDENT . Korang akan pergi CEMACS masa sem satu .Budak applied ambik masa sem 2 . Untung ekceli kita ni budak pure .Hehe . Nak tahu kenapa , nanti dah masuk tahulah korang . Hehe.
And nak cerita pglmn pergi cemacs memang tak cukup satu belogs dik oi. memang best tahap arhh . 
Enjoy la pergi sana. *macam bercuti je* Hehe. Tapi baguslah bila pergi sanakan , apa yg kita belajar teori tu lebih berkesan . Sebab kita boleh feel, touch , enjoy nature . 
Paling best bila kena ekosistem pantai. Perghh.Beshh beb . Boleh mandi manda sekali bila habis kerja la * hehe* .
Pastu air masin kelepiarr tu masuk dalam mulut .Perghh ,memang syok pun . Haha.
Makan dkat sana memang sedoppp.Cukup den makan. Rasa macam takmau balik.Sedap sgt . 
Kat sini kena hiking sikit sebelum sampai destinasi korang .Hehe.Yeah , fit kurus ! Haha.
Kalau kena ekosistem hutan , merasalah kau erti fit kurus macamana . 



Yeah .For Sem dua nanti la wani update sebab sekarang on road to final exam . Final exam kami start bulan puasa ni . 6 Jun 2016 habis 17 Jun 2016 .

Doakan kami agar semuanya berjalan lancar seperti diharapkan .

Apapun yang adik dapat , istikharahlah . Buat keputusan yang terbaik.

The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Friday 20 May 2016

Everything About Silat (Martial Art) PSSCM USM

 Assalamualaikum. 
Di saat aku menulis ni , aku sebenarnya baru sahaja balik dari latihan silat .
20/5/2016 . 

Tadi on the way nak ke foyer farmasi di USM untuk latihan silat , wani pun naiklah ECOVAN USM . Pergh .Seronok beb .Tunggu bas jenuh . Even , aku seorang je naik ecovan tu . Then Drebar Ecovan tu pun tanya . 

" Hang sorang ja ka ? Mana yang lain ? Takda orang lain lagi ka nak naik ? Rugilah sikit sorang ja " 

" Yelah Pakcik , saya seorang je , yang lain dah pergi kut . " 

Toleh kiri kanan , masih tak nampak juga kelibat2 orang yang nak pergi silat . 
Then , dia bawak jelah aku . 

*dibuai angin malam-malam ,perghh* 

Dalam duk bawak tu ,duk sembang sembang ngan pakcik tu .  And then, maknanya secara tak langsung aku telahpun di interview secara tidak formal.
 
*Takpelah , ambo dah sedia maklom. *

Question 1 . * ececewahh*

" Hang belajar silat ni ada belajar yang terbang terbang tu ka ?Hg belajar apa dalam silat ? Boleh terbang-terbang ka ? Ada pakai kayu , senjata ka apa dak ? "
 
*macam lebih satu soklan kan ? Huhu*

I was suprised. 

Then , dalam kepala otak ni terus capture memory picture ni :

 
 
Terbang ? Hurm .
* Menghela nafas panjang * 
 
Control riak muka , wani . Please :) 
For your information , i always got this kind of question lately . 
Yeah , before this, quite a lot of my friends have been asking question related to this kind of 'stuff' . Well you get it right ? 
 
' STUFF' .
 
Nak terang kan panjang pulak. 
Sebab tu , yang bila org tanya this kind of 'stuff' question , aku kata dalam hati .
 
" bersabarlah duhai hati. Mereka tidak tahu dan telah diperdaya.Kasihan mereka"
 
Ok .Back to main story tadi .
 
Aku jawab la mana ada dah sekarang ni pakcik . Tu cerita muhong je tu , tahyul and so on...bla bla.. 
Kami belajar basic nak pertahankan diri guna pegerakan asas ja , tangan , kaki . Takdak aih nak terbang terbang bagai "
 
*  Aku sebenarnya nak cakap macam ni tau , pakcik , kalau la ilmu silat yg sy belajar ni boleh buat orgg jadi terbang , saya rasa student2 semua pakat mai belajar . Semua pakat nak terbang . 
Well, to be honest , siapa yang takmau terbang ?  

Boleh main aci ligan ngan kawan ngan lecturer . Nak lari ja , senang terbang ,hinggap ataih pokok ka , ataih bumbung ka .Best ooh . Senang hidup aku . Kan ? 
Bahkan , kalau boleh terbang kan belajar silat ni , aku rasa BUDAK RST semua mostly akan join SILAT CEKAK kat USM ni . 
Tau kenapa ? 

Semua pakat nak terbang ja dari desasiswa ataih bukit tu sampai ke dewan kuliah . Takdak maknanya aku nak naik bas . Nak tunggu jalan lagi satu hal .Smua pakat bebas berterbangan di udara . Perghhh.Hirup udara segar. Tobat , bas USM pakat kosong.Jgn kata bas  silap haribulan ecovan pakcik ni pun takdak org .*nanti pakcik takleh keja pulak.Hehe* 
 .Yeahh ,absolutely ,  at the end , tak perlu lagi perkhidmatan bas .Tapyah bayar yuran bas . SEMUA PAKAT TERBANG JE .SAVE BUDGET .Yg bawak kete ,bwak moto pun pakat mai belajar . Senang lepasni tinggai ja motor,kereta kat rumah . Dah boleh terbang kan ? * tak perlu lagibayar denda kena clamp* SAVE BUDGET lagi !
Siapa nak kan jalan kaki dari desa atas bukit tu sampai dewan kuliah .Huh. Kalau Dekat DKSTUV tu ,dari rst , perghh makan masa dalam 30 minute++ jugak tu if jalan saja ,tak naik bas. Tu pun depends pada kaki anda.
Kalau terbang , kuranglah sikit penat kan ? 
Hehe. 
 * 
 
 

Dahlah save masa kan ? Huuu, Terbang ? Kind of interesting kan ? 

TAPI MALANGNYA MANA ADA  LA ! TAHYUL !

Tu dah ilmu apa tu ? Menyimpang dah tu ? Terbang pakai apa taktaulah !
Terbang dalam mimpi jelah kut yg mampu pun .
 
Disebabkan perjalanan yang sememangnya agak singkat , memang tak dapat berborak panjang . Sadisnya . 
 
* Actually , i really hope yg perjalanan ni akan lama sikit. Banyak benda sebenarnya yg aku nak cakap , tapi terpaksa dipendekkan kang cerita tergantung .*
 
Then , he said . 
" ohh okayy . Hang seronok ka belajar silat ? Syok ka ?" 


* Aku rasa ni macam soklan bonus pulak * 
*Soklan cepumas , aku pun taktau nak start dari mana , aku rasa macam takmau turun ja dari ecovan tu , nak borak panjang lagi *

 
 
Then , aku cakapla :
 
Best laa pakcikk . Syokk ! Yalah , kita ni kena la belajar ilmu nak pertanhankan diri so ....blaa blaa.
Lagipun senang ja , kami guna pergerakan asas ja . Takdalah nak angkat kaki sampai muka macam taekwando tu . Tak sopan kan ,bila kita (especially yg muda lagila) angkat/sepak kaki ke arah muka/kepala org lain . Dehh ! Even bila aku  duduk aku nak lunjur kaki *sebab lenguh ,kebas* .Aku rasa serbah salah sangat nak lunjur if ada org lain depan kaki aku ,even dia pun tgh duduk. You know , agak kurang ajar sikit/kurang sopan . 
I dont ' remember well , but ada imam mana entah . Imam Syafie ke apa sangat titik beratkan adab macamtu . Especially dlm menuntut ilmu. 
Well said , adab/akhlak mesti datang dulu sebelum ILMU .
Ingat tu . Tapi kalau nak dapat ilmu tapi tengok perbuatan agak 'tidak sopan/rude" . Macamana tu ? 


Tambah lagi , martial arts like taekwando,karate and sewaktu dengannya asal usul dari mana ? Jepun ? Lagi ? But for sure bUKAN dari MALAYSIA kan . Lebih spesifik , bukan 'asal dari kita 'kan sebagai orang melayu ?
Silat ni dari tok nenek moyang kita lagi . Org Melayu kita memang terkenal ngan SENI SILAT sejak dahulu lagi . 
Kenapa kita nak agungkan yang orang lain punya, yg BARAT punya ? Tak cukup bangga ke dengan warisan Melayu sebegini ? 

For your info too, SILAT JUGA TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI BENTENG PERTAHANAN NEGARA yg ketiga . 

Ya. Telah diiktiraf officially . * sila check artikel2 bertauliah * 
 Oh ya , cakap pasal martial arts . SENI SILAT CEKAK . Perkataan SENI tu sendiri . 
Why ?
Kalau kau seorang ahli silat cekak /pernah belajar silat . Kau akan tahu , ada part -part badan kita yang bila disentuh/ditekan akan memberikan reaksi tertentu . Kadang tekan kat part badan ni , dia jadi kaku .Langkah dia kaku  . Dia sedikit sebanyak berkaitan dengan science . Yeah .Our body . Science . 
Macam stimulus . Bila tekan kat sini , nak angkat kaki takleh . Bukan sebab ilmu khurafat ka apa . Dah memang Allah jadikan sistem badan kita camtu .Adalah kegunaan dan manfaatnya. Kau nampak tak betapa seni nya ? 
Tu baru sikit. Nak tahu lebih , nak tanya lebih , kenalah belajr silat and rujuk pada tenaga pegajar .Bukan rujuk ngan SYEIKH GOOGLE . Dia Syeikh celop ja . Sikit2 rujuk situ pastu jump into conclusion , Sebab tu la hang jadi MELAYU CELOP . *gurau je * 
 
Oh ya , kalau hang kata belajar silat ni syirik la , khurafat la , tahyul itu ini . Ok.Fine .
Tapi  hang kena mai belajar dulu baru hang boleh hambuqq habih ayat power hang tu . Setakat rujuk Syeikh Celop tu pastu bajet Ustaz Celop , Takpalah . 
Kalau hg belajar silat dengan sebetul-betulnya , hang boleh tengok dalam proses pembelajaran silat ni takdak pun unsur SYIRIK bagai apa tu . Bahkan , dalam silat ni kami diajar untuk selalu selawat , cerita berunsurkan ketuhanan ,kehambaan , sesi sharing ( muhasabah diri) , bahkan habih kelas pun kami selalu salam *sesama jantina* sambil selawat . Banyak sangat amalan kerohanian diterapkan dalam ni . Kau akan sedar Kuasa Allah mengatasi segalanya . Ya , indeed. 
Bahkan , pergerakan dalam silat pun berdasarkan kaedah dalam SOLAT . 
Nak cerita jenuh kena buka novel pulak.
 
Apapun , just nak cakap , if kau rasa curious , curiga , fefeeling nak tahu itu ini ,jawpaan ituini , join dulu silat . Kau tanya TENAGA PENGAJAR kau . Ceritakan segalanya. 
Jgn la kau pi cari Syeikh Google tu .DUk suka sangat pasaipa taktaulah . CInta mati betui ngan syeikh tu . 
Cuba cari sumber yg sahih lagi nyata sikit.
 Kadang2 setengaj cerita itu betul pada dasarnya yang sangat sikit .* saya cakap dasar sikit je * Tapi malangnya , orang kita duk pepandai sngat tokok tambah cerita jadi bombastik .Erm.
Takleh nak kata apa . Memang 'BOMB' betulah jadinya orang kita dgn benda tu .

Bahagia sgt belajar/join SENI SILAT CEKAK kat USM ,PENANG ni . Bonding dalam persatuan ni . SubhanaAllah . Tak jumpa dalam persatuan ni .Hati ni rasa dekat ja .Serius tau , tak bohong .Ni testimoni saya OFFICIALLY (kut)  Bila Allah berkati , inShaaAllah semuanya nampak mudah dan bahagia saja . 
Kalau persatuan lain , rasa macam kaku je . Taktaulah nak describe kaku tu camana . Masing2 macam dalam dunia sendiri dipisahkan dengan temboh dinding kebal dgn org sekliling . Senang cerita , rasa macam hati ini tak sebegitu BAHAGIA . Acewahhh . *sweet je * .
Bahkan , dalam silat ni jugak , suka sangat dengar senior2/alumni cerita kisah mereka sejak mereka belajar silat compared dgn diri mereka dahulu yg tak belajar .Banyak kisah menarik disebaliknya yg kita sendiri macam terkejut , takut, risau dan sebagainya bila dengar kisah mereka sebelum mereka masuk silat . I mean , bila mereka didatangi masalah dalam hidup mereka macam ada org cari pasal/cari gaduh dgn mereka . And what she/he do then and so on . 

Menarik sangat . 
FOr sure , bila Allah nak sesuatu benda tu terjadi .Nothing can stop it ! 
There is nothing impossible ! 



Last but not least , 
Hamba sebenarnya SANGAT SANGAT TIDAK BERPUAS HATI BERBUAL dengan pakcik tadi . 
Sekejap sangat . Rasa macam aku cakap tu just 0.0001 % . Aku bila eksaited tahap gaban gila nak cakap pasal sesuatu dipengaruhi dengan *seratonin* memang panjang la . Jgn terkejut kalau tengok aku tetiba ja ubah perwatakkan . 
Jgn sangka aku marah .Tapi im just to eager . Excited . 
Apapun , berpuas hatilah , harini aku dapatlah sedikit menyedarkan pakcik tu . * hopefully sedar* .
Alhamdulillah .

Untuk kawan-kawan aku ,  ahli keluarga , shaabat handal

RUJUKLA KEPADA YANG LEBIH ARIF . Aku pun tak tahulah dari mana korang dapat cerita 'fantastik ' semua tu . Aku tahu pun bila orang cerita. Tertanya tanya aku hangpa smua tau mana cerita 'kebabom' pasal silat ni ? Nenek cerita ka ? kawan cerita ka ? Novel ka ? Kalau dari SYEIKH GOOGLE jugak , takpalah .AKu tak mau ambik tau punca tu . 
Yelah , panjangkan akal tu sikit. Ni ceduk bulat2 apa syeikh google hg cerita, apa hal ? 
Tak best la . Pandai kan ? So panjangkanlah ia kepada yang lebih ARIF dalm bidang tersebut . 


Ok . Sekian . Maaf membebel terlebih . * Serotonin Maximum Now* 

Yeah , for junior yang akan masuk silat nanti , especially PSSCM USM PENANG , Congratz .Yelah siapa lagi yg nak pertahankan diri kita sendiri kalau bukan diri kita ? Takkan semua nak harap kat laki ? Ayah ? Mak ? Nak harap depa pertahankan kita all the time ?? Then , invite them too stay in USM . Pergi kelas bersama dll . Well, bahaya tak kenal masa , tempat , usia and dgn siapapun .  Klu diri sendiri pun tak dpt nak jaga , tak dpt nak pertahankan diri , Then , who will you be expect to protect your dad ? Your beloved mom? Your sister, brother , your little daughter/son ,*soon* ?
Tak sayang diri ? Tak sayang mereka kah ? 

Ingat , bahaya ada di mana-mana  Nowadays , well kau tahulah . Tengok baru-baru ni , Eno , seorang gadis telah DIDERA SEKSUAL dan FIZIKAL . Allahu . kejam sangat pembunuh tu .Cara dia mata sangat sadis dan saya pasti , gadis2,wanita2 di luar sana rasa GERAM , MARAH ,KESAL . Memang kita kena redha dgn apa yg akn blkau dlm hidup kita. But sebelum redha tu ada ke kau usaha ? Usaha nak pertahankan diri by learn it ? 

No right ? You keeep blamming this , those . Bla...Bla..


Banyak sangat kisah tragis sekarang berlaku .Tekanan hidup membuatkan org yang normal menjadi GILA . Walhal , orang yang sememangnya gila masih HAPPY je . 
Yeah , tekanan hidup . Everything . 
Yg baik jadi jahat . Yng pasif jadi hyperaktif tetiba and so on .Jgn terkejut satu hari benda/peristiwa yg kau tak sangka2 akan jadi pada diri kau sendiri tetiba terjadi . Nothing is impossible , jika Allah mengkehendakiNya.

Better late Than never .


The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Sunday 17 April 2016

INTROVERT OR EXTROVERT ?

Topik kali ni pasal introvert or extrovert .
Its quite interesting i think ! 

haha.

Well, you have to know character of a person right ? SO kemoon move on .

INTROVERT DAN OTAK
===================

Anda seorang introvert atau extrovert? Kedua-dua ini hanya klasifikasi personaliti. Memudahkan untuk memahami diri dan orang lain. Bukan bandingan yang mana lebih baik. Hanya perbezaan untuk pemahaman.


Introvert cenderung untuk bersendiri. Lebih selesa begitu. Berada di khalayak ramai mengundang gelisah. Dalam berbual lebih banyak mendengar. Bercakap bila perlu. Bila ditanya. Jawapan pendek. Tiada bunga-bunga atau renda. 


Introvert banyak menghabiskan masa berfikir. Bahagian kelabu otak (gray matter) didapati lebih tebal disekitar kawasan prefrontal cortex. Letaknya di belakang dahi kita. Menunjukkan orang introvert lebih banyak fikir. Lebih abstrak fikirnya. 


Cara dopamin (hormone gembira) bekerja di otak introvert juga berbeza. Ianya tidak seaktif seperti otak orang extrovert. Andai menerima kejutan (seperti memenangi tempat pertama), amygdala (yang memproses emosi) aktifnya biasa-biasa sahaja. Andai menerima ganjaran, nucleus accumbens yang sepatutnya menjadi lebih aktif juga biasa-biasa aktifnya.
Natijahnya, akan ditanya “tak seronok ke dapat hadiah?” Bukan si introvert tidak gembira. Kegembiraan itu berlapik. Punya seni tersendiri. Yang berbunga hatinya. Wajahnya biasa-biasa sahaja. Tiada riak besar.


Apabila Hafiey, anak sulung mendapat tempat pertama pertandingan Sains peringkat Negeri Sarawak, wajah saya biasa-biasa saja. Apabila Hafiey mendapat straight A dalam SPMnya, tiada gelombang merah menerjah ke muka. Tetap biasa-biasa sahaja. Isteri bertanya "tak seronok ke". "Alhamdulillah, seronok." Jawapan ringkas. Dalam hati tumbuh taman.Muka biasa-biasa saja.
Andai anda punya pasangan, anak atau ibubapa introvert, usah gusar andai hadiah diberi tidak menghasilkan reaksi yang diharapkan. Mereka gembira. Tiada pertunjukkan kegembiraan sahaja. 


Tiada perarakan hadiah yang diberi.
Perlu tahu bagaimana otak berfungsi. Rumahtangga akan harmoni. Persahabatan terpelihara. Ofis aman. Tiada dengki. Jauh dari salah sangka.
Mahu tahu tentang otak extrovert?
OTAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA

 


EKSTROVERT DAN OTAK
=====================
Ekstrovert tidak sama seperti introvert. Masing-masing sarat dengan perilaku yang berbeda. Ekstrovert lebih bersifat eksternal. Orientasi luaran. Penuh warna warni.
Esktrovert kurang betah duduk di bilik atau di rumah. Jarang mahu menghabiskan masa sendirian. Mesti berteman. Mesti keluar. Ada borak-borak.


Mesti mengopi atau mengeteh kata orang sekarang.
Andai diajak keluar, perkataan JOM pasti akan terpacul terus. Tidak ditanya mahu ke mana atau keluar dengan siapa. Atau naik apa. Perkataan JOM disambut dengan JOM sepantas mungkin.
Esktrovert mencari keseronokan di luar. Cara dopamine (hormone gembira) berfungsi juga tidak sama dengan introvert. Dopamin sangat aktif pada ekstrovert. Kalau aktif biasa-biasa tidak teruja ekstrovert. Hidup tidak ada ummph. Dopaminnya mesti lebih.


Berbual dengan orang ekstrovert menyeronokkan. Ekstrovert berbual dengan sesiapa sahaja. Tidak kira jantina. Ramahnya tidak bertempat. Suka pada aksi. Kalau ada pasangan sebegitu tahan sahajalah. Itu cara orang ekstrovert beroperasi. Banyak rambu ramba.


Dalam konteks imbasan otak, ekstrovert yang diimbas otaknya menunjukkan lebihan aktiviti di bahagian posterior thalamus dan posterior insula. Keduanya berkait rapat dengan kecenderungan menganalisa maklumat berbentuk sensori. Antaranya ialah lihat, dengar, rasa, bau dan sentuh.
Andai ekstrovert diminta memberi pendapat tentang pakaian kita, atau kesesuaian antara tudung dan baju, deskripsi dan ulasannya panjang. Kata-katanya kekadang agak berbisa dan menghiris. Pernah berlaku? Selamat datang ke dunia ekstrovert.
OTAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA









Credit :Dr Rizal



The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Saturday 9 April 2016

Cabaran Alam Universiti


Aku rasa macam berat je kaki nak melangkah masuk semula setelah habis cuti mid sem seminggu ni apabila aku memikirkan bertimbun task,assignment,presentation itu ini, test itu ini.Program itu ini . Semua ini berlaku dalam masa yang singkat ,dalam tempoh yang dekat . Sesak nafas. Huh.

Tapi .


Bila aku fikirkan semula . Sampai bila aku , kau dan kita mampu lari dari masalah .Takkan selamanya asyik nak bersembunyi di sebalik CUTI . We have to confront it . Cepat atau lambat yes mmg kena jugak ,bukan ? 

Difikirkan lagi sekali , ni baru cabaran untuk kita yang berjuang menuntut ilmu bukan nya berjuang pegang senjata lagi .Tembak sana sini musuh kita . Eh , yeke tapi kenapa rasa cam besar je tanggungjawab kita sekarang ? Erm.Biasalah manusia. Kdg setengah org naik jejantas RST tu rasa okey je sambil senyum ketawa berdekah-dekah lagi ngan member sebelah . Setengah org naik jejantas RST tu semput .Macam asma pulak.Lutut kaki sendi habis semua vibrate ..Ingatlah , Semuanya dah ditetapkanNya mengikut kemampuan kita tersendiri.

Yg pengalaman buruk kita lalui jadikan iktibar supaya next time improve it , dont repeat it . #Redha
Member satu semester ngan aku , relax arh. Baru semester 2. Cabaran dan pengalaman baru yg exciting banyak lagi sedang menanti :3 In shaa Allah ,keluar nanti(graduate) kita akan jadi seorang yg sado dgn iman . Belajar dari pengalaman is the best thing .

Kalau nak listkan benda yang kita kena buat / kerja dalam sehari ni /seminggu ni memang banyak . DARI A SMPAI Z pun belum tentu cukup nak list kerjo kita.. 

Jadi apa perlu kita buat ?



Kita sette dulu yg A . Kemudian baru settle yg B . Then C . Followed by others. Jgn kita duk dekat A pun tak habis lagi . Dah pandang yg B , C , D (tapi bukannya buat pun yg B,C,D tuu.Pandang je..ala ala dreamming tak berkesudahan baik takpayah ).
Sebab apa aku kata jangan ?Well said , for some people okay je dgn situasi multitask.Dia dh biasa .Its okay .Its fine then !



Yg jenis K.O dengan situasi tu kena paham dengan diri sendiri. Sebabnya nanti kita akan rasa letih . Nyampah . Last sekali . End up kita akan fed up dan ambik bantal tidur .ABaikan segalanya( berharap dengan tidur , msalah kau akn selesai) . Ada yg lagi teruk , rasa nak jemput nyawa sendiri .Allahu .

Sedih rasanya tengok beberapa member satu course rasa macam nak drop subjek itu ini . Yg rasa nak drop degree terus pun ada. Gara-gara sesuatu masalah , habis kacau perasaan mereka .Allah . Tiba-tiba aku terasa mesej yang Allah nak bagi . Aku sentiasa mendoakan yang terbaik ntuk korang ! :D. Aku memahami sebab aku pun berada dalam group yang sma so i can feel it .
Well, mungkin sekarang hidup kita umpama petir, ribut disertai dgn hujan lebat bagai . Tapi percayalah , step by step , Allah dah atur elok ja . Mungkin nnt si pelangi akan hadir mewarnai hidup kita . Cewahhh*

#BetulkanKalauAdaPointYangTersalah
Jom sama-sama kita muhasabah diri :D

P/s : Allah sedang menguji kita ,sahabatku . Sobs ..SObs.

The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Thursday 7 April 2016

TIDUR, TELEFON PINTAR DAN OTAK

TIDUR, TELEFON PINTAR DAN OTAK
=============================
Jam 6 petang tadi mesyuarat dengan pelajar. Ada agenda besar untuk pelajar. Memesrakan industri dan university. Selesai sebelum maghrib. Sempat berjemaah sekali.
Dalam perjalanan pulang teringat akan beberapa isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang pelajar sepanjang minggu ini. Antara soalan yang banyak ditanya ialah tidur.
Masalah utamanya ialah susah mahu tidur. Masuk tidur awal. Berbaring. Bergolek ke kiri ke kanan. Mata tetap terang. Otak masih ligat berfikir. Mengantuk masih belum muncul.
Kenapa tanya beberapa orang pelajar?
Menjadi tabiat dewasa ini, telefon pintar diletakkan di sebelah kiri atau kanan kita sewaktu tidur. Ada dua alasan biasanya yang diberi. Sebagai penggera untuk mengejutkan tidur serta untuk mengecas bateri. Telefon tidak dimatikan.
Perbuatan meletakkan telefon disebelah kita dan tidak dimatikan menggangu fungsi otak. Teringat saya pada awal tahun 2002 di Melbourne. Ketika itu saya menjadi peserta penyelidikan kesan telefon ke atas gelombang otak.
Penyelidik dari Swinburn University. Saya di Monash University. Tidak jauh jarak antara kedua-dua universiti ini. Lebih kurang antara Kampung Kerinchi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Eksperimennya mudah. Bayarannya lumayan. AUD$50 untuk sekali ujian. Dengan menggunakan telefon Nokia yang terkenal pada waktu itu, peserta disuruh berbaring dan rehat atau tidur jika mampu. Dikenakan alatan untuk mengukur gelombang otak di kulit kepala.
Peserta diminta untuk menggunakan telefon tersebut untuk ujian pertama dan berbaring untuk berehat atau tidur. Alat pengukur masih terpasang. Komputer terus merekod.
Esoknya satu lagi eksperimen. Kali ini telefon Nokia tersebut hanya diletakkan disebelah peserta. Tidak dimatikan. Peserta diminta untuk berehat atau tidur. Komputer merekod seperti biasa.
Hasilnya menarik. Selepas menggunakan telefon selama setengah jam, kegiatan otak terus menerus sibuk sehingga tiga jam. Tiada satupun peserta dapat tidur. Otak menjadi terlalu sibuk. Ujian kedua juga sama. Walaupun telefon tidak diguna, otak terus sibuk.
Dalam kajian yang lebih terkini pula mendapati pencapaian prestasi otak menurun. Tidur tidak nyenyak. Banyak pengguna tegar mengalami insomnia – penyakit sukar untuk tidur.
Puncanya mudah. Ia mengganggu pineal gland yang mengeluarkan hormon tidur iaitu melatonin. 


Jadi, andai mahu tidur nyenyak:
1- Jauhkan sahaja telefon pintar dari sisi.
2- Matikan telefon pintar itu.
3- Gunakan jam yang secara tradisionalnya berkesan mengejutkan pemilik dari lena tidur.
Selamat beradu.


Credit Dr Rizal :)

 Siapa nak derma kat cheq jam loceng yang bunyi hingaqq tuh . Nanti balik desa bagilah nah .Bagi hadiah birthday wani bulan May ni pun boleh *ambik kesempatan* .Huhu.
Selalu tidur letak phone sebelah .

Teknologi oo teknologi .

Wani pernah dengar dah sebelum ni pasal kaitan kanser dengan tabiat camtu .Tapi biasalah manusia . Dah tahu kadang nak buat jugak selagi tak kena kepala sendiri.

Kalau letak phone jauh daripada telinga nanti wani tak dapat dengar la .*kureng pendengaran* haha.
Nanti ter-miss kuliah ,tutorial .Haa jenohh .

*duk ada jam pun macam takda jam *
Jam bunyi .Tutup.Sampai lima kali pun duk ulang benda yg sama.
Kalau jam loceng phone tu boleh cakap .Mesti dia cakap 'aku pun dah penat nak gerakkan kau ' .Haha.



The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Friday 1 April 2016

Status Update About Me

Assalamualaikum and hello !

How was your day ? Good enough ? 
Haha.

Regarding this post .


http://deyawanny.blogspot.my/2014/04/foundation-in-science-and-technology.html?showComment=1459307334307#c2249157624534505470


Everyone was asking me how about this and this .Can i do this or this. How i would pursue in this and so on .

For sure, i dont know how to answer it as im not one of the staff administration at UNIKL there. Hauaha.
Seriously , now im pursue my undergraduate studies at Universiti Sains Malaysia, Penang in Pure Sciences ( BIOLOGY)

If you want to ask regarding that , im okayy with that .I will try the best to answer it as and only if i knew about it . 


But other that , that i dont really sure . I cant make a promise with you to help .

I just do as i can do it only .Huhu.


If you do want to ask regarding MyBrainSc Scholarship for Undergraduate you freely can contact metoo. Perhaps, i can help you a little bit. Haha/


Okey thats all updates about me that are not so so important for some of you !




The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Wednesday 17 February 2016

Kek Coklat Super Moist USM Penang




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Penat minggu ni , maklumlah baru bukak semester beginilah kehidupannya di universiti .
Huhu.

Sabar . Sabar. Sabar.

Ya. Post kali ini , saya nak tekankan tentang KEK COKLAT SUPERMOIST USM PENANG.

Untuk yang berada disekitar USM Penang dan Sungai Dua , Bukit Gambir dan lain-lain boleh dapatkan dengan saya .

Hanya whatsapp 0195989573 .

Harga Sebekas RM5 sahaja .
Saiz tupperware besar RM10 sahaja.

Yg nak post boleh tapi harga lain and saiz lain sebab kita packaging untuk pos special case sikit.

Rasa ? Yamyammmm .Urmmm Sedap sangat tak terkata . Ada orang cakap even rasa dapat atasi kek coklat terkemuka di tanah air kita . Huhu. Not me okay.

Banyak testimoni POSITIF . Alhamdulillah .Harga pun sangat berbaloi. Kenyang Perut.

Yang Duduk Dalam USM , inginkan penghantaran sampai depan pintu sila contact #0195989573 khusus kepada DESASISWA RESTU,TEKUN DAN SAUJANA (RST) .

Saya berpusat di RESTU ! yeah . 


Malas cerita panjang . Ada hal mau settle. 

Mau picture pm saya di whatsapp ya because line here was too " " . 

Hehe.

The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Tuesday 9 February 2016

MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK

♥ Assalamualaikum ♥

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya Mega giveaway ini berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada 21 sponsor yang sering memberi kerjasama yang baik. Dengan lafaz "Bismilah" cik akak membuka tirai "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK ".

klik banner - join
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).
  • Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda - [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.
  • Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini
  • Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016
  • Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.


The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort

Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort



 
 
 
Jom Join .Klik banner untuk join ya :)

The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Friday 5 February 2016

Ajaib dan Mudahnya Bedak Kertas ni !

 Setelah kesekian minggu blog aku sunyi tanpa aku disisi ,maka kali ni aku nak gemparkan dengan sebuah produk ni . 

Harap buka mata luas-luas biar terbeliak. Tapi , pastikan mulut tutup rapat haha.

Ajaib dan Mudahnya Bedak Kertas ni ! 

Kemonnn. Siapa sini tak pakai bedak ? Truth -to-be-told , mostly 98% gigirls pakai bedak . Its no matter tak kira bedak apa pun .Bedak baby johnson*macam sy guna* ke bedak talcum ke bedak compact ke apa .

I know, problem timbul buat gigirls yg pakai bedak compact .Dia selalu pecah kan ? Duk bawak ke hulu hilir bedak tu terlanggar sana sini .Tup Tup ,buka handbag pecah dahh bedak uolss yang mahal tuh .Hikss hehe :) 

Yg pakai bedak johson baby macam saya pulak bermasalah dari segi saiznya. Kau tahu jelah saiz botol tu even kecik dia gemok kau tahu kan .Kembong beg gua. Kan ? 

No Worry afer this cause wani nak kenalkan satu produk bedak yang pertama di MALAYSIA ! Wahhh ? Proud kan ! 

Jom Pakai dan bertukarlah sekarang ! *bajet iklan* 

Haa. Lupa nak cakap, kadang sesetengah gigirl tak suka pakai bedak tebal tebal kan ? SUka nipis ala kadar je kan ? I mean tak suka yang jenis sekali calit putih melepak macam ali baba. ALibaba lalu pun tak ngaku .Tak kenai .Muahaha.

And ade jugak yg TAK SUKA LANGSUNG PAKAI BEDAK . yeah. I have a friends like that. Bukan nak paksa atau menyibuk . I know , for this girls, they feel 'rimas' kan bila ada something di muka depa. I know la kita semua suka natural but kadang we need a 'touch' to our face untuk memastikan ia tak kusam dan tidak mengkusamkan hari orang lain yg melihat anda. Muahaha.

*jokes* 

Seriusly, kadang nampak pucat nampak berminyak muka korang yang tak pakai bedak @ setara dengannya. Lebih lagi time panaih panaih bawah matahari atau lepas berpeluh. Ya Allah, muka hantu kak limah balik kampung .
*jgn shentapp* Hehe.

Well,dulu pun wani macamtu .Then upgrade pakai bedak baby johson yg dlm botol tu . Haha.
Nampak kemas tau bila korang pakai bedak . Nampak tenang la sikit org nak pandang muka korang.Haha.

And i think this product can help you guyss ! 

BEDAK KERTAS .





Yuhuuu tiada alasan compact powder pecah lepas ni 󾭞 .
Beli mahal mahal lepas jatuh sekali tak boleh pakai da 󾌺
.
Yang sayang kan duit pula gagah mengutip sisa2 yang tinggal untuk pakai 󾌾
.
Dengan #bedakkertasajaib anda tak perlu risau semua tu sebab apa?󾍁
.
✔feel macam pakai bedak yang ada foundation 󾆗
✔ringan senang masuk poket je 󾍇
✔mengawal minyak berlebihan󾍔
✔anti caking atau tidak bercapuk
✔wudhu friendly 😇
✔boleh bawa pergi sekolah cikgu x rampas 󾔛
✔boleh share dengan kawan x geli da nak share sponge bagai 󾌾

Rasai perbezaan selepas menggunakan #bedakkertasajaib 󾍔
.
.
BEDAK KERTAS AJAIB® 󾆗
"Innovative yet practical"
.
PERTAMA di Malaysia! 󾔯󾔯󾔯
.
Tampil minimalis dan semulajadi dengan #bedakkertasajaib yang mempunyai fungsi #2in1 .
ANDA TIDAK PERLU LAGI... 󾍑
.
❌menggunakan oil film yang menyerap minyak tetapi menanggalkan bedak dan mengakibatkan wajah kelihatan bertompok
❌menggunakan compact powder dikhalayak ramai untuk #makeup #touchup
.
KELEBIHAN
✔2 in 1 (bedak+oil film)
✔Memberi effect foundation
✔Muka bebas minyak
✔Tidak menyumbat pori wajah
✔Sesuai untuk makeup touch up
✔Kecil dan mudah dibawa
✔Mudah di pakai
✔Mudah dicuci (wuduk friendly)
✔Sanitasi terjamin (disposable)
✔Natural (sesuai semua tona kulit)
.
CARA PAKAI: Pastikan peluh dilap terlebih dahulu
.
Satu pek mengandungi 50 sheet
.
SUMBER bedak: kaolin (mineral semulajadi) .
Hubungi 0142490047 󾔦 untuk order


The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani